Rabu, 03 September 2008

Siapa Yesus Kristus ?



Soalan: Siapa Yesus Kristus?

Jawapan: Siapa Yesus Kristus? Tidak seperti soalan, “Adakah Tuhan wujub?”, kurang orang mempertikaikan kewujuban Yesus Kristus. Adalah diterima oleh orang ramai bahawa Yesus adalah manusia benar wujub di Israel 2000 tahun dahulu. Perbahasan berlaku bila keperibadian Yesus disoalkan. Hampir semua agama berkata Yesus ialah seorang Nabi, seorang guru yang baik, atau seorang yang suci. Masalahnya ialah Kitab Injil kata Yesus adalah lebih daripada seorang Nabi, guru yang baik dan orang yang suci.

CS Lewis menulis di dalam bukunya Hanya Kristianiti: “Saya cuba menyekat orang berkata sesuatu yang bodoh tentang Yesus: ‘Saya bersedia menerima Yesus sebagai seorang guru moral yang baik, tetapi saya tidak menerimanya sebagai Tuhan.’ Inilah sesuatu yang tidak patut kita cakap. Seorang manusia biasa jika cakap apa yang Yesus cakap tidak akan dianggap sebagai guru moral yang baik. Sebaliknya, dia akan dianggap gila atau Syaitan dari neraka. Kamu perlu buat satu pilihan. Yesus jika bukan Anak Tuhan, maka dia adalah seorang yang gila atau lebih buruk lagi. Kamu boleh anggap dia orang bodoh, kamu boleh meludah dia dan bunuh dia; atau kamu melutut pada dia dan panggil dia Tuan dan Tuhan. Tetapi jangan buat satu tanggapan tidak bererti bahawa Yesus hanya seorang guru yang baik. Dia tidak memberi peluang kepada kita menentukan identitinya.”

Jadi, apa Yesus kata mengenai dia sendiri? Kitab Injil kata Yesus ialah siapa? Pertama, bia kita lihat pada Yohanes 10:30, “Saya dan Tuhan adalah SATU.” Sekali imbas, ini tidak merupakan tuntutan sebagai Tuhan. Tetapi, lihat kepada reaksi orang Yahudi kepada percakapannya, "Bukan karena suatu pekerjaan baik maka kami mau melempari Engkau, melainkan karena Engkau menghujat Tuhan dan karena Engkau, sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan diri-Mu dengan Tuhan." Orang Yahudi faham bahawa Yesus menyamakan diri dengan Tuhan. Di dalam ayat berikutnya, Yesus tidak membetulkan kefahaman mereka dengan kata,“Saya bukan Tuhan .” Ini menunjukkan Yesus memang kata Dia ialah Tuhan, “Saya dan Tuhan adalah Satu.”(Yohanes 10:30) Yohanes 8:58 ialah satu contoh yang lain. Yesus mengumumkan, “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sebelum Abraham jadi, Aku telah ada.” Lagi, orang Yahudi bila dengar kata Yesus, mereka ambil batu untuk melontarnya (Yohanes 8:59). Yesus mengumumkan identitinya “Saya abadi” adalah merujuk kepada nama Tuhan di Kitab Zabur (Keluaran 3:14). Mengapa orang Yahudi hendak baling batu pada Yesus jika dia tidak cakap sesuatu yang dianggap kata-kata kufur, iaitu, penyamaan kepada Tuhan?

Yohanes 1:1 kata “Logos ialah Tuhan.” Yohanes 1:14 kata “Logos menjadi manusia.” Ini menunjukkan Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Thomas menyebut Yesus, “Tuan dan Tuhan saya.”(Yohanes 20:28). Yesus tidak membetulkan dia. Paulas menghuraikan Yesus sebagai “… Tuhan dan Penyelamat, Yesus Kristus” (Titus 2:13). Petrus kata yang sama, “… Tuhan dan Penyelamat kita” (2 Petrus 1:1). Tuhan ialah saksi identiti Yesus juga, “Takhta kamu, Tuhan, kekal selama-lamanya, dan kebaikan kamu ialah kuasa Pemerintahan kamu.” Kitab Zabur meramalkan kesucian Yesus, “Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.” (Yesaya 9:6).

Jadi, CS Lewis berdebat, percaya bahawa Yesus ialah seorang guru yang baik bukan salah satu pilihan. Yesus menyamakan dirinya dengan Tuhan. Jika dia bukan Tuhan, maka dia ialah penipu, maka bukanlah Nabi, guru yang baik atau orang suci. Untuk menafikan Yesus, cendekiawan modern kata Yesus dalam sejarah tidak seperti yang dikatakan oleh kitab injil. Dapatkah kita berdebat dengan Tuhan tentang Yesus? Bagaimana boleh cendekiawan menafikan catatan dalam Kitab Injil (Yohanes 14:26)?

Mengapa identiti Yesus adalah penting? Mengapa penting jika Yesus ialah Tuhan? Alasan yang paling penting Yesus mestinya Tuhan ialah, jika dia bukan Tuhan, maka kematiannya tidak dapat membayar denda dosa kita (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan boleh membayar denda yang besar ini (Roma 5:8, 2 Korintus 5:21). Yesus mesti ialah Tuhan supaya dia dapat membayar hutang kita. Yesus mesti ialah manusia supaya dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! Ketuhanan Yesus ialah factor penting penyelamatan. Ketuhanan Yesus terbukti daripada apa yang dia kata, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku” (Yohanes 14:6).